
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Alhamdulillah sudah berada di tanah air selama dua minggu, masih lagi menghabiskan masa betul-betul untuk melepaskan segala kerinduan yang terbuku di hati selama setahun. Walaupun hanya setahun, tetapi terpisah dengan keluarga bukanlah sesuatu yang menyeronokkan apatah lagi jika kita tidak dapat lagi melihat keluarga tersayang selepas ini. Masa dan peluang yang ada di depan mata kita janganlah kita sia-sia kan dengan sewenang-wenangnya. Memang sudah menjadi kebiasaan manusia semasa peluang berada di depan mata, tetapi bila ia tiada barulah terhegeh-hegeh mencari-carinya.
Iman manusia dikatakan menurun menaik. Tiada seorang manusia pun yang imannya hanya bertambah. Ada kalanya bila kita berada di tahap iman yang tinggi, ada kalanya kita juga berada di tahap iman yang rendah. Kita semestinya menyedari perkara ini. Iman oh Iman. Sungguh susah untuk kami tambahkan mu, malah amat mudah untuk kita mengurangkannya. Begitulah rintihanku di kala subuh hening ini. Memang sudah diketahui tahap iman aku tidaklah seperti tahap iman ulamak-ulamak tekemuka, apatah lagik imam para anbiya. Jauh langit dan bumi rasanya.
Ada kalanya, rasa rendah diriku ini, mempunyai kebaikannya, jauh daripada riyak dan takabbur. Tetapi jika rasa rendah diri ini berlebih-lebihan, ia akan menyebabkan aku hanyut di dalam lautan kelalaian. Ketahuilah, sesungguhnya kita tidak akan dapat mencapai sepertimana iman para anbiya’. Sesungguhnya, Allah tidak melihat setinggi mana iman kita boleh melawan iman para nabi, tetapi sejauhmana kah kita berusaha untuk menambahkankan iman kita.
Dikala cuti yang memberikanku masa yang banyak terluang ini, aku rasa bagaikan goyah iman seketika. Solatku? Doaku? Tahajudku? Amalan sunatku? Semuanya tidak seperti dahulu kala. Imanku semakin lusuh. Hanya itulah yang dapatku gambarkan selama mana aku berada di sini. Pada mulanya merasakan tidak sesuai unutk meluahkannya di ruang penulisan ini. Tetapi bila difikirkan kembali, biarlah luahan ini dicoretkan di dalam blog supaya ia dapat memberi manfaat kepadaku dan rakan-rakan pembaca.
Aku masih lagi kurang. Kurang sebagai seorang manusia. Walaupun sehebat mana pun amalan seseorang itu. Setiap malam bangun tahajud, setiap hari pergi ke masjid, sepanjang masa berdoa, itu tidak lagi menjaminkan manusia untuk masuk ke syurgaNya. Kerana masa lepasmu tidak akan menjamin masa depanmu. Masa depanmu tidak akan dijamin jadi seperti masa lepasmu. Mungkin malam tadi engkaulah orang pertama yang bangun untuk bertahajud, tetapi adakah ia dapat menjamin kamu untuk bangun pada hari seterusnya?
Setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya. Seperti juga masalah masa yang terluang dibiarkan begitu sahaja semasa cuti (ditujukan kepada aku sendiri). Sebenarnya banyak benda yang kita boleh isi untuk mengisi masa lapang kita sebenarnya. Salah satu contoh yang mudah, adalah berusaha untuk meluangkan masa berjemaah di surau & masjid berdekatan. Aku sebenarnya bukanlah orang yang paling layak untuk memberi cadangan ini. Tetapi atas dasar ingin memberi peringatan kepada diri sendiri dan rakan semua, tetap jua ku gagahkan diri untuk menulis.
Cuba bayangkan, jikalau masa dalam sehari (24 jam) kita isikan dengan meluangkan masa untuk ke surau berdekatan lima waktu bermakna, hampir sepanjang hari, hati kita akan sentiasa berdekatan dengan Allah. Dari terbit fajar, hingga tegakknya matahari di atas kepala, mahupun apabila matahari terbenam hingga waktu isyak. Semuanya masa terisi dengan pergi ke rumahnya. Setidak-tidaknya kita sudah mengisi masa yang bnyak manfaat ganjarannya (27 ganda) dan solat diawal waktu.
Ibuku selalu menasihati aku untuk pergi ke surau, dan selalu juga mengingatkan diriku tentang bagaimana bencinya rasulullah kepada orang-orang tinggal berhampiran dengan surau tetapi tidak bersama-sama menunaikan solat jemaah. Sehinggakan baginada ingin membakar rumah mereka. Ibuku selalu juga mengingatkan kepentingan untuk solat jemaah. Setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kepadaMu Ya Allah, kerana mengurniakan ibu yang masih tidak jemu-jemu menasihatiku.
Ya Allah, ampuni segala dosaku yang lampau. Aku terasa sangat hati kosong malah kotor pada pandanganMu Ya Allah. Kuharap kau bimbinglah aku agar berada di jalanMu Ya Allah.
-Rintihan Seorang Hamba di Kala Subuh-