renungan: MEMBUAT PANDANGAN BERDASARKAN KEADAAN YANG SEBENAR (WAQI’)
Mar 12th, 2008 by admin
bismillahirahmanirrahim,
ana terasa untuk melontarkan pandangan tentang sesetengah sahabat-sahabat, tidak kiralah samada melalui perbincangan, atau tidak pun, melalui blog-blog yang bermacam gaya sekarang ini. di zaman teknologi ini, para ilmuwan, ahli fikir, professional dan lain-lain menggunakan blog sebagai wadah mereka untuk meluahkan perasaan dan pendapat, mahupun pengalaman yang ditimba.
inilah salah satu cara percambahan ilmu berlaku, di alam maya, para blogger dapat berkongsi pendapat. proses untuk mendapatkan maklumat menjadi lebih mudah, hanya menggunakan server pencari, dengan menggunakan kata kunci yang tertentu, dengan mudahnya, kita akan diacceskan kepada blog-blog yang membincangkan tentang perkara tersebut.
penulisan ana disini bukanlah ingin menceritakan panjang lebar tentang blog, tetapi cuba ingin membawa concern ana tentang penulisan yang hanya berdasarkan pendapat yang tidak mengambil berat tentang keadaan sekeliling. adalah baik kita mengkaji dahulu keadaan sebenarnya yang berlaku sebelum ingin melontarkan pendapat. adalah lebih berkualiti penulisan kita jikalau penerapan mengikut kesesuaian dengan keadaan. hanya idea-idea sahaja dikeluarkan, tetapi apakah tindakan kita terhadap idea kita?? menjadi seorang yang idealistik.
mungkin terlalu ‘general’ sangat pernyataan saya ini, tetapi itulah yang menjadi ‘concern’ saya sepanjang berada dalam bidang ‘penulisan’ ini. sudah merasa cukup dengan pengalaman-pengalaman memegang jawatan -jawatan tertinggi di institusi pengajian sebelum ini, merasakan itulah pengalaman yang boleh membawa kita ke liang lahad. masa untuk berehat, memperbetulkan diri dan bermacam-macam lagi alasan yang diberikan untuk menidakkan diri didalam perjuangan yang sebenar.
ingatlah wahai saudara, kalau nak dikirakan rasulullah, makin tua, semakin bnyak tanggungjawab yang diterimanya. tuan guru nik aziz, walaupun umur hendak mencapai 80, tetapi masih lagi gagah menentang kemungkaran, memang tidak sia-sia usaha beliau, sejak 1990, dengan dimulakan menawan kelantan lihatlah, apa hasilnya?? itulah janji ALLAH, kepada sesiapa pun yang bercita-cita untuk menegakkan agamanya.
kita ni, umur yang baru masuk ke puluhan sudah merungut, tidak mahu menerima tanggungjawab selain belajar. ingin mendapatkan keputusan yang terbaik. yang mana yang terbaik?? keputusan A1 tanpa mengasah kualiti hidup dengan menerima tanguggjawab dan keputusan A2 dan pada masa yang sama, kita mempunyai kualiti hidup dengan tanggungjawab tersebut. disinilah kita boleh lihat, prioriti yang mana kita perlu utamakan dahulu.kalaulah solat subuh pon terlepas atas alasan penat bekerja, apa guna kita bekerja sambil belajar, padahal, biasiswa pun dah lebih dari mencukupi.
kesimpulannya, janganlah terlalu awal membuat kesimpulan berdasarkan pandangan sendiri tanpa membuat kajian tentang keadaa sekeliling, tidak kiralah samaada keadaan negara dan kawasan tempat kita menetap.
akhir sekali, suka ana meng’quote’kan kata-kata sahabat ana..
Jika Allah bertanya di akhirat nanti “Semasa kebangkitan Islam di akhir zaman, apakah yang kau buat?” , maka seharusnya kita menggunakan sisa kehidupan yang tinggal ini untuk mencari jawapan kepada persoalan itu.
Jom berdakwah! Tarbiyyah diri untuk mengisi kemenangan kini dan yang mendatang..
wallahua’lam.